Priceless Global Privacy Notice
Tarikh Berkuat Kuasa: 12/6/24
Mastercard International Inc., Mastercard Europe SA dan ahli gabungan mereka serta entiti lain dalam Kumpulan Syarikat Mastercard (secara kolektif, “Mastercard”, “kami”, “kita”, atau “milik kami”) menghormati privasi anda.
Notis Privasi Global Priceless ini (“Notis Privasi”) terpakai untuk pemprosesan Maklumat Peribadi kami dalam konteks penyelesaian Priceless yang mana kami bertindak sebagai pengawal data (“Perkhidmatan Priceless”). Penyelesaian Priceless kami memberi peluang kepada pemegang kad yang layak untuk mengakses pengalaman, menyertai cabutan hadiah dan mengambil peluang daripada tawaran promosi lain dan kandungan yang berkaitan (secara kolektif “Tawaran”). Ini termasuk laman web B2C Priceless kami (https://www.priceless.com/) dan penyelesaian B2B Priceless kami.
Sila ambil perhatian bahawa apabila kami memproses Maklumat Peribadi bagi pihak dan di bawah arahan pelanggan perniagaan kami dalam konteks beberapa penyelesaian B2B Priceless kami, kami bertindak sebagai pemproses data dan pemprosesan Maklumat Peribadi anda dalam konteks ini tidak ditadbir urus oleh Notis Privasi ini. Begitu juga, apabila pedagang memproses Maklumat Peribadi anda untuk memberi anda Tawaran khusus, mereka ialah pengawal data untuk pemprosesan Maklumat Peribadi anda. Sila rujuk kepada dasar privasi mereka masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai pemprosesan Maklumat Peribadi anda dalam konteks-konteks ini.
Notis Privasi Global ini menerangkan jenis Maklumat Peribadi yang kami proses dalam konteks Perkhidmatan Priceless, tujuan kami mengumpul Maklumat Peribadi tersebut, pihak lain yang kami mungkin berkongsi maklumat tersebut, termasuk pedagang yang menyediakan Tawaran, dan langkah yang kami ambil untuk melindungi keselamatan Maklumat Peribadi tersebut. Ia juga memaklumkan anda tentang hak dan pilihan anda berhubung dengan Maklumat Peribadi dan cara anda boleh menghubungi kami untuk mengemas kini maklumat atau menjawab pertanyaan anda berkenaan amalan privasi kami.
Kanak-kanak dan golongan bawah umur (bawah umur 18 tahun) tidak layak untuk menggunakan Perkhidmatan Priceless. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang amalan privasi Mastercard dalam konteks lain, sila lawati Notis Privasi Global Mastercard di https://www.mastercard.com.my/en-my/vision/corp-responsibility/privacy.html or atau notis privasi lain yang berkenaan.
Amalan privasi kami mungkin berbeza di beberapa negara di mana kami beroperasi untuk mencerminkan amalan dan keperluan undang-undang tempatan. Jika anda seorang pemastautin di Kawasan Ekonomi Eropah, Switzerland, United Kingdom, Turki atau Israel, Notis Privasi ini diberikan kepada anda oleh Mastercard Europe SA, yang bertindak sebagai pengawal data untuk pemprosesan Maklumat Peribadi anda dalam konteks perkhidmatan pengawal. Jika anda menetap di Amerika Syarikat, “Seksyen 11. Adendum Privasi AS” melengkapkan maklumat yang terkandung dalam Notis Privasi ini untuk negeri tertentu seperti yang dinyatakan dalam Seksyen tersebut.
Kami Mungkin Mengumpulkan Maklumat Peribadi yang berikut:
- Maklumat Pendaftaran dan butiran perhubungan.
- Nombor kad kredit atau debit anda (16 digit nombor kad pembayaran).
- Maklumat yang berkaitan dengan penggunaan priceless™ anda yang dikumpulkan melalui kuki dan teknologi lain yang serupa.
Ketahui lebih lanjut
Kami MungkinMenggunakan Maklumat Peribadi Anda untuk:
- Berkomunikasi dengan anda.
- Menyediakan, menambah baik dan membangunkan priceless™.
- Memastikan keselamatan.
- Menghantar bahan pemasaran kepada anda.
- Menyediakan kandungan yang tersuai untuk anda.
- Menjalankan analisis data.
Menguatkuasakan Terma-terma Penggunaan kami dan mematuhi kewajipan undang-undang kami.
Kami Mungkin Berkongsi Maklumat Peribadi dengan:
- Ibu pejabat Mastercard di A.S., sekutu kami dan entiti lain dalam kumpulan syarikat Mastercard.
- Pembekal perkhidmatan kami yang bertindak bagi pihak kami.
- Peserta-peserta lain dalam ekosistem pembayaran, termasuk pengeluar kad pembayaran, pemeroleh dan peniaga.
- Pihak ketiga untuk tujuan pemantauan dan pencegahan penipuan atau tujuan sah yang lain.
- Sekiranya berlaku penjualan atau pemindahan perniagaan atau aset kami.
Bergantung kepada negara anda, anda mungkin mempunyai hak atau keupayaan untuk:
- Memilih untuk tidak menerima komunikasi pemasaran.
- Membuat beberapa pilihan berkenaan penggunaan kuki.
- Menghentikan atau mengehadkan penggunaan tingkah laku pelayaran anda yang digunakan untuk tujuan pengiklanan tingkah laku dalam talian
- Mengakses Maklumat Peribadi anda, membetulkannya, mengehadkan atau membantah pemprosesannya, atau meminta penghapusannya.
- Menerima Maklumat Peribadi yang anda berikan kepada kami untuk menghantarnya kepada syarikat lain.
- Menarik balik sebarang persetujuan yang diberikan.
- Jika berkenaan, membuat aduan dengan Pihak Berkuasa Penyeliaan anda.
Anda boleh menggunakan hak anda setakat yang dibenarkan oleh undang-undang seperti yang diperihalkan dalam bahagian “Hak dan Pilihan Anda” dengan mengklik “Ketahui lebih lanjut”.
Kami mungkin memindahkan Maklumat Peribadi anda keluar daripada negara anda, termasuk ke Amerika Syarikat, dengan mematuhi Peraturan Korporat Mengikat kami dan mekanisme pemindahan data lain.
Kami mengekalkan perlindungan keselamatan yang sesuai untuk melindungi Maklumat Peribadi anda dan hanya menyimpannya dalam tempoh masa yang terhad.
Anda mungkinmemilih untuk menggunakan ciri-ciri tertentu yang mana kami telah bekerjasama dengan rakan kongsi kami yang merupakan entiti lain yang beroperasi secara bebas daripada Mastercard.
Perkhidmatan Priceless tidak ditujukan kepada atau dimaksudkan untuk kanak-kanak yang berumur bawah 16 tahun. Walau bagaimanapun, Mastercard boleh memproses Maklumat Peribadi tentang kanak-kanak di bawah umur 16 tahun dengan kebenaran ibu bapa atau penjaga atau berdasarkan asas undang-undang lain mengikut undang-undang yang terpakai. Jika anda mengetahui bahawa Mastercard sedang memproses Maklumat Peribadi kanak-kanak yang melanggar Notis Privasi ini, maka anda boleh memaklumkan kami di privacyanddataprotection@mastercard.com.
Notis Privasi ini boleh dikemas kini secara berkala untuk menggambarkan perubahan dalam amalan privasi kami.
Anda boleh e-mel kepada kami di privacyanddataprotection@mastercard.com. Sekiranya anda berada di EEA atau Switzerland, anda boleh menghantar permohonan anda untuk menggunakan hak anda berkaitan Maklumat Peribadi anda di Portal “Pusat Data Saya” milik Mastercard.
Mastercard International Inc. merupakan entiti yang bertanggungjawab untuk memproses Maklumat Peribadi anda; namun, jika anda berada di EEA atau Switzerland, Mastercard Europe SA merupakan entiti yang bertanggungjawab untuk memproses Maklumat Peribadi anda.
Jika anda berada di luar EEA atau Switzerland dan anda mempunyai sebarang pertanyaan, komen atau aduan berkenaan Notis Privasi atau amalan privasi kami ini, atau jika anda ingin menggunakan hak dan pilihan anda, sila e-mel kepada kami di privacyanddataprotection@mastercard.com, atau tulis kepada kami di:
Global Privacy Office
Mastercard International Incorporated
2000 Purchase Street
Purchase, New York 10577
USA
Jika anda berada di EEA atau Switzerland, anda boleh menghantar permintaan anda untuk menggunakan hak anda berkaitan Maklumat Peribadi anda pada Portal “Pusat Data Saya” milik Mastercard bermula daripada 25 Mei 2018, atau e-mel kepada kami di: privacyanddataprotection@mastercard.com; atau tulis kepada kami di:
Pegawai Perlindungan Data (Data Protection Officer)
Mastercard Europe SA
Chaussée de Tervuren 198A
B-1410 Waterloo
Belgium